Jata Identiti Putrajaya

Rekaan jata ini menggabungkan elemen warna, bangunan dan tumbuhan yang diterjemahkan sebagai berikut;

  • Reka bentuk keseluruhan melambangkan kesuburan alam sekitar yang memayungi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya, Malaysia.
  • Bangunan Perdana Putra (Pejabat Perdana Menteri) melambangkan Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
  • Gerbang Kompleks Perbadanan Putrajaya di bahagian tengah melambangkan PPj sebagai gerbang kepada Putrajaya manakala Putrajaya sebagai gerbang kepada negara.
  • Lima daun melambangkan 5 Rukun Negara dan 5 Nilai Bersama (shared values) PPj.
  • Elemen hijau melambangkan konsep pembangunan Putrajaya sebagai 'Bandar dalam Taman' dan juga 'Bandar Hijau' (Green City).
  • Elemen biru melambangkan Tasik Putrajaya yang merupakan badan air (water body) kepada Putrajaya.
  • Kombinasi Bangunan Perdana Putra dan Gerbang Kompleks Perbadanan Putrajaya melambangkan reka bentuk senibina Putrajaya yang berkonsepkan tradisional, islamik dan moden.